
Hak Jagaan Anak (Hadhanah) akan ditentukan oleh Mahkamah dengan mempertimbangkan kebajikan anak. Pada kebiasaannya hak jagaan bagi anak di bawah umur mumaiyyiz (umur bawah 7 tahun) diberikan kepada ibu kandung, melainkan dapat dibuktikan ibu kandung tersebut telah hilang kelayakan sebagai seorang penjaga. Anda boleh mendapat nasihat peguam syarie tentang bukti-bukti situasi di mana ibu kandung mungkin boleh hilangkan kelayakan.
Bagi anak yang telah capai umur mumaiyyiz (lebih 7 tahun), Mahkamah boleh bertanya anak untuk memilih dengan siapa anak tersebut ingin tinggal. Jika salah satu pihak tidak bersetuju keputusan ditentukan dengan pilihan anak tersebut, Hakim akan mengendalikan perbicaraan penuh dan mempertimbangkan beberapa faktor yang mempengaruhi kebajikan anak sebelum membuat keputusan. Anda boleh mendapat nasihat peguam syarie tentang factor-faktor yang akan diambil kira oleh hakim.
Boleh, dengan syarat bahawa peguam syarie/ pihak yang menuntut perlu membuktikan keperluan hak jagaan tersebut. Sebagai contoh:
- Pihak-pihak tidak lagi tinggal bersama/berasingan; atau
- Pihak-pihak dalam proses perceraian; atau
- Suami telah berpoligami.
Hak melawat akan diberikan kepada pihak yang tidak mendapat hak jagaan anak. Pada kebiasaannya jadual hak melawat tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah mengikut keperluan anak, jadual harian anak, jarak antara kedua-kedua pihak dan faktor-faktor lain yang dirasakan perlu oleh Mahkamah.
Jika pihak yang mendapat hak jagaan (Pihak A) tidak membenarkan pihak yang mendapat hak lawatan (Pihak B) lagi melawat anak, Pihak B boleh melantikkan peguam syarie supaya menfialkan permohonan terhadap Pihak A bahawa Pihak A telah melanggar Perintah Mahkamah.
Boleh, tetapi hanya melalui persetujuan bersama pihak-pihak sahaja kerana tiada peruntukkan undang-undang berkenaan hak jagaan bersama. Pihak-pihak dinasihatkan untuk melantikkan peguam syarie supaya membuat perjanjian persetujuan berkaitan hak jagaan bersama tersebut. Perjanjian tersebut akan menyatakan persetujuan pembahagian dari segi hak melawat, bermalam, cuti persekolahan, perayaan dan sebagainya bagi mengelakkan kekeliruan dan timbul isu pada masa akan datang.